Anlage Süd
Anlage Süd

Anlage Süd

Anlage Süd (Bahasa Inggeris: Installation South, makna harfiah: "Pangkalan Selatan") adalah dua ibu pejabat kereta api yang dibina untuk Adolf Hitler di selatan Jajahan Nazi Poland sewaktu Perang Dunia Kedua. Dua terowong bertetulang dibina berhampiran landasan keretapi di antara Rzeszów ke Jasło. Sebuah bunker terletak di kampung Stępina (45 km dari barat daya Rzeszów di 49°52′18.58″N 21°35′19.04″E / 49.8718278°N 21.5886222°E / 49.8718278; 21.5886222), sebuah lagi bertempat di bandar Strzyżów (30 km dari barat daya Rzeszów di 49°52′13.31″N 21°48′40.96″E / 49.8703639°N 21.8113778°E / 49.8703639; 21.8113778). Ia pada mulanya digunakan untuk mesyuarat dua hari antara Hitler dan pemimpin Fasis Itali, Benito Mussolini, pada 27–28 Ogos 1941.